Kantoi !!

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Friday, October 30, 2009

Tipe Musika

lame dah tak post kat sini kan? kan? kan? ok, rancangan kite hari ni adalah tipe-tipe musika budak-budak siete hermanas ni. ade macam-macam jenis. ade yang suke lagu jiwang-jiwang ni, tapi kalau tengok tak macam jiwang pon. haha. tu la yang korang tak tau diaorang ni punyai hari yang jiwang dalam sanubari diaorang yang dalam tue. haha. *ayat tak boleh nak lagi poyo. haha.

well, kawan-kawan semua i susun tipe-tipe musika ni ikot keunik-kan jenis musik yang disukai la ek? mulai dengan yang pelik kepada yang level normal. haha. kire yang dapat awal-awal tu tergolong dalam kategeri yang patologis ataupon abnormal la senang cerita. haha.

untuk golongan patologis ni memang dikira special kes la sebab dalam rumah ni dia sorang je yang layan lagu-lagu jenis macam tu. haha.

mari kite check it out!!








TIPE : OLDIES/ 60 - 80 an
SI PATOLOGIS : Tuty Alwiyah Fuad Salim
Description : Si patologis ni adalah seorang yang berjiwa romantik, lemah gemalai dan lagu-lagu yang dia dengar semua yang tipe-tipe romantik. Lagu yang dia dengar tu kalau boleh nak yang mendayu dan memang yang oldies la. kalau tengak playlist Windows Media Player dia tu semua lagu lama-lame. tapi tengak mood la, kalau dia dah bosan mood oldies dia tu boleh tertukar gak kepada tipe-tipe musik lain. tapi nanti bile jiwe romantik tue datang balik sure dia turn on balik lagu jiwang dia tu. Lagu-lagu fav tuty daripada Richard Clayderman dan banyak lagi.



TIPE : HINDUSTAN/ UNIVERSAL
SI PATOLOGIS : Nur Atikah Azmi
Description : Makhluk patologis yang satu ni boleh kate special gak la sebab dia mmg giler hindustan. kalau tak caya, try la tnye dia ape jenis lagi pon semua dia tau. kalau nak tanya ape movement dalam vid tu each minit. sila tanya cik atik ni. dia mmg pakar. kalau seyh, dia dah datang fuh, penuh irama musik-musik hindustan datang dari bilik atik. haha. Selain daripada layang hindustan, atik ni boleh kate universal gak la sebab dia dengar macam-macam jenis lagi. lagu yang tuty layan dia layan, lagu yang ida dengar pon dia dengar. sbb tu dia ni patologis sikit sebab gentik musik dia bercampur-campur. haha.



TIPE : SITI NURHALIZA SAHAJA/ JIWANG
SI PATOLOGIS : Nuraihan Mohd Jalaludin
Description : kite tengok je tipe yang dia tau kite dah tau dia ni macam mane kan? kan? kan? minah jiwang si raihan ni. nampak je tegar dengan banyak element garang macam singa tapi raihan ni berjiwa jiwang wo!! dia ni peminat setia Dato' Siti Nurhaliza. diulang PEMINAT SETIA DATO' SITI NURHALIZA ok! kalau Dato' siti bace nie tolong lah percaya!!! ni sebab semua album Siti dia beli dan dia kumpul kn? bayangkan album Siti yang latest tu baru kuar kat iklan dia terus beli mase cuti bulan 2 hari tu. punya la fanatik. dan disebabkan aku ni co-roomate dia yaitu bersamaan dengan tempat dia berlajar dengan pintu bilik aku. so, setiap hari aku boleh dengar lagu-lagu merdu dato' siti plus suara raihan. haha. kalau mood irama malaysia dia dtg, aku pon kene la dgr lagi balkis, nirmala dan sebagainya. Satu lagi fakta menarik daripada cik raihan ni, dia ni suke download lagi pastu dia suke dengar lagu tu ulang-ulang sampailah dia bosan dan dia akan dilit. tapi percayalah lagu siti dia tak delete pon! nama pon peminat fanatik kn?



TIPE : K-POP
SI PATOLOGIS : Fatehah Malik
Description : Teha ni mmg patologis yang murni sebab dia kalau nak pasang lagu yang dia suke dia akan pasang lagu dia kuat-kuat dan lagu yang dia akan pasang kuat-kuat semuanya lagi KOREA dari SUJU. tolonglah paham ye kawan-kawan. sampaikan ade la satu mase tu lagu SUJU yang SUPER GIRL tu, kalau dia pasang je dah tau dah sape yang pasang, dalam hati "eh, dia dah mula dah!!". haha. tehe nie memang fanatik suju ok!



TIPE : POP/ R&B/ GEDIK-GEDIK
SI PATOLOGIS : Nur Hafizah Ainaa Abu Hassan
Description : Ni cek patologis yang genetik dia telah diubah beberapa kali sebab jenis-jenis lagu yang disukai tak penah tetap. sampaikan tak tau nak didefinisikan sebangai tipe ape. Raihan suruh tulis tipe "Taylor Swift" tapi aku ni tak de la dengar semua lagi Taylor Swift kot. yang lain suruh tulis tipe lagu yang "Gedik-gedik".. haha.. lagu ape yang gedik-gedik? aku layan semua tapi tak semua sebab aku memilih lagu ape yang aku nak dengar dan mostly lagu tu adalah 90% english ok! 7% lagu bahasa lain. dan 3% lagi baru lagi Malay. haha. siot ah aku ni x suke lagu bahasa sendiri. haha. sbb tu aku ni x murni genetik dia. haha. aku pilih lagu dan penyanyi sebab kalau ...
KOREAN : BIG BANG sahaja
CHINESE: NICHOLAS TEO, VIC ZHOU & CYNDI WANG sahaja
PADANG PASIR : MAHER ZAIN & FARES sahaja
BUBBLEGUM POP : DEMI LOVATO, SELENA GOMEZ & MILEY CYRUS
ENGLISH : aku suke semua!! tamak!

banyak la lagu yang aku dengar, karang tak ter-listed kang. haha. senang cerita mmg ye aku ni suke dengar lagi yang gedik-gedik tapi kalau moment nak lagu arab tu datang, mule la aku ber-youtube cari lagu arab nak dengar.



TIPE : UNIVERSAL
SI PATOLOGIS : Nur Hidayati Nordin
Description : ida ni dah masih ketegori normal sebab dia ni universal semua lagu dia layan. ko bagi je lagu ape kat dia. nnt dia hafal dan dia suke. kire macam terima dan suke. like that la! senang kan macam ni. haha. siyes ar universal semua lagu dia layan dari lagu english ke padang pasir, k-pop, jiwang-jiwang, hindustan senang cerita semua la. kan senang. tak de hal ngn ida ni. ko sumbat je dengan lagu ape. dia layan jek! tapi ke-universal-an ida ni ade pelik nya. dia suke nyanyi lagu tapi tataw tu ape tajuk dan penyanyi ape. ades!



TIPE : ENGLISH
SI PATOLOGIS : Nur Nazlina Mohd Hanipah
Description : lina ni paling senang la sebab lagu yang dia suke mostly english. senang cerita tak banyak songeh la. haha. dan lina ni pon senang nak gak kalau bagi lagi ni dan nnt dia akan selalu dengar lagu tu.



haha.. ok tu jek nak menyumbangkan blog nie!

Sunday, October 25, 2009

DEFINISI GERSANG

hello...
malam ni nk citer sikit definisi 'GERSANG' bagi rumah kami, takut plak org fikir bukan2 sbb selalu sgt word GERSANG aku guna.

GERSANG di sini bermaksud 'mendambakan' sesuatu.

contoh ayat...

1) Atik menjadi sangat GERSANG apabila Internet terputus line. Hal ini menyebabkan hidupnyer menjadi kucar-kacir.

2) Tuty sedang GERSANG sekarang kerana dia masih tercari-cari makanan yang boleh memuaskan hatinya. Ayat beliau, "Ish, dapat makan sikit pon xpe, asal aku puas hati". tapi last2 pecel lele mak cik juga yang dibeli.

3) Fatehah akan jatuh bosan apabila tak dpt berchatting ngan rakan2 3 dimensi nyer. hal ini menyebabkan jiwanya GERSANG. (kanak2 sila jgn addicted ngn YM or SKYPE)

4) Kami sisters sangat GERSANG bila hujung minggu and xde hala tuju yang jelas. Rata2 akan terkuak lentang atas tmpt peraduan masing2.

sekian terima kasih, inilah definisi GERSANG bagi kami. JIWA KOSONG tanpa sesuatu yg dah terbiasa bersama kami...



Friday, October 23, 2009

FAKTA TENTANG KAMI....

ASSALAMUALAIKUM....
rasa-rasnyer da lme cik yukirashiya x post ape2 kt blog nih kn... hehehe...
so, today I will post something, ermmm not very interested but I wish all the readers will enjoy this new entry...

sebenarnyer banyak fakta-fakta pelik pasal gadis-gadis dalam rumah ni, but I will jot down only a few facts je k...

1. Fatehah nad Tuty xboleh masak same2, nnt nasakan dorg jd masin.

2. Nama gelaran kami sangat pelik: Atik si sotong, Ainaa si buntat, Fatehah si bulat, Raihan nenek.

3. Tuty adalah makhluk tuhan paling exotic.

4. Ida sangat suke menjerit dalam berbagai version.

5. Ainaa adalah anak angkat Dr. Indriani... lps tragedi pleno blok 10

6. Raihan sangat memilih soal makan.

7. Tuty tengah gersang sekarang.

8. Ainaa nyer cocktail sangat sedap.

9. Atik suke bwat gempa bumi.

10. Ainaa jalan cam kuda laut. :p

11. Makan malam rumah kami adalah pada jam 10 malam.

12. Raihan boleh makanan dengan kelajuan cahaya bila lapar.

13. Tuty makan paling sikit.

15. Ida pandai bwat kek coklat.

14. Fatehah pakar falasi... siap ada Ph.D ag bak kata Raihan.

15. Malam exam kami tak kan tido.

16. Bila esok ade exam faal, pasti kami akan order McD (kebetulan).

17. mal yang plg sering dikunjungi adalah TA and CL.

18. Gedung MATAHARI adalah tempat larangan bila akhir bulan.

19. Ida paling senang bangun pagi diikuti Fatehah and Tuty.

20. Semua orang dalam rumah ni ade penyakit GB selepas berjangkit dr, Tuty... hahaha..




Sunday, October 11, 2009

Empat @ Four @ Arba'ah

4 hal yang membuat bdan sakit : terlalu banyak bicara, terlalu bnyak makan, terlalu bnyak tidur dan terlalu bnyak melakukan hubungan badan.


4 hal yang merosakkan tubuh : cemas, sedih berpanjangan, lapar dan kurang tidur malam.


4 hal yang memberikan kesenangan dlm hati : melihat yang hijau2, melihat air yang mengalir, melihat kekasih dan melihat buah2an.


4 hal yang dpt menyebabkn pandangan mata menjd gelap : berjalan tanpa kasut, berpagi hari dan berpetang hari dgn wajah yang muram penuh dgn kebencian dan permusuhan, terlalu sering menangis dan banyak menatap garis yang kecil2.


4 hal yang membuat badan menjadi kuat : memakai pakaian yang lembut, mandi dgn air panas, makan maknn yang manis dan berlemak dan mencium wewangian.


4 hal yang menghilangkan kesegaran dan keceriaan wajah : berbohong, tidak tahu malu, terlalu bnyak bertanya tanpa dasar dan bnyak melakukan maksiat.


4 hal yang membuat wajah semakin segar : menjaga harga diri, menepati janji, dermwan dan taqwa.


4 hal yang mendatangkn kemarahan dan kebencian : takabbur, dengki, bohong dan suka mengadu.


4 hal yang boleh mendatangkn rezeki: bgun malam untuk solat, bnyak beristighfar menjelang fajar, membiasakan memberi dan membiasakn diri untk berzikir pd petang hari.


4 hal yang mencegah datangnya rezeki : tidur di pagi hari, jarang solat, malas dan suka berkhianat.


4 hal yang membahayakan otak : ketagihan mknn yang asam, tidur terlentang, resah dan gundah-gulana.


4 hal yang mendatangkan kebaikn pd otak : hati yg bersih, tidak menyelangi mkn dan mnum scr berlebihan, mengatur menu yg baik dan membuang semua endapan mknn yang membertkn badan.


Sekian.

mAsaK-mEmasAk

sAlam sejahTerA tUan2 Puan2..

actually rancangan msk-memask nih dah lm wat..tp nk tlis resipi nih tertangguh..ainaa dah membebel dah..tulis..tulis..tulis..

skang br ade mOOd nk tlis resepi

rEsiPi mAsak-MemasAk kali ni : kEk c0klaT + DadiH jagUng



meNu 1 : kEk coKlat
bahan2 = tepung cOklat , menteGa , gUla , serBuk peNaik , tElur , chOc Bar

Caranya = pukul mEntega + gUla sehingga kembang ( dari wrna kuning ke agak putih). tHen masukkan telur satu persatu, pastu masukkn tepung cOklat..if x de tpung cOklat..gn je tepung gandum + serbuk Koko...dah siap adUnan kek...last thing is kukus slm 45 mnit..( kukus lbih sedap dr bakar tauww..)

coKlat Bar tu lak tuk topping kek...juz pnaskn choc Bar dgn air sehingga pekat..then tuang kt ats kek tuh..siap






mEnu 2 : daDih jAgung ( paling senang )


bahan2 = susu cAir , gUla buAh , perisa jAgung , susu Tepung

Caranya = didihkan air + susu Cair , bila dah didih thEn msukkn susu tEpung + pErisa JaGung..bl rs dah msk...off kan aPi pastu br masukkn gUla buAh....sedap dimakan bl dah sejuk ( msukkn dlm kuLkas )..siap..

~ kalo wat dadih nih..kejap je daaa abes ~

pe nk jd ank2 dara ni...bab2 makan lajuuu jeee..ceppattt jee..he3..daaa.



seKian rancangn mAsak-mEmask untuk kali ni..jumpa lagih

Monday, October 5, 2009

Reality Show

Kalau dah duduk dalam satu rumah tu mesti ade macam-macam ragam kn? kn? kn? disebabkan dah lame tak post blog dan hari ni walaupon kerja melambak kene buat tangan gatal nak tulis post ni sbb tube-tibe idea tue datang *ting! haha. version post kali ni adalah versi "Reality Show" yang mana aku akan sync-kan karekter-karakter dak umah aku dengan reality show yang ade lah.

*btw, aku tak bias sbb aku punya reality show tuty yang bagi. tak pilih sendiri ok. kalau tak nanti tak aci la. hehe..

kite mulakan dengan tv show yang paling hot la kan.. kire ni ikot rangking la.. keh3..




Reality Show: America's Next Top Model
Contestant: Nuraihan binti Mohd Jalaludin
Description: Bertubuh langsing dan tinggi, berkulit putih dan glowing-glowing, bersuara nyaring dan lantang, sangat hot dan mantop! Ber-personalitikan garang macam singa, mempunyai momentum tangan yang padu, ratu anatomy dalam rumah ni, mempunyai kebolehan untuk mempredict masa depan. Raihan tak suke lelaki yang bertubuh sasa dan bersuara jantan. dia ni seorang yang SANGAT BANGUN AWAL selepas aina. nama timangan untuk raihan ni NENEK sbb raihan memang macam mak nenek. hehehe.. mempunyai tabiat pelik iaitu: download lagu, pasang ulang-ulang 2 3 hari pastu delete permanently dr laptop. ade baju yang sangat hot mak dia buat utk dia tapi dia tak pernah pakai, sangat susah nak paksa dia pakai baju tu. btw, dia ni peminat SETIA yang giler2, DATUK SITI NURHALIZA. (kalau jumpe siti confirm pengsan.) Raihan's Special Resipi : Puding Caramel dan Air Kenduri Kawen.

Kenapa masuk rancangan ni? : sebab utama... masa kecik-kecik raihan suke berangan nak jadi ratu cantik, model dan pramugari.




Reality Show: The Apperentice
Contestant: Nur Hafizah Ainaa Abu Hassan
Description: Agak pendek tapi tak sependek teha, mempunyai body yang mantap untuk any clothes tau, mata yang SANGAT2 BESAR..!!, Aina mmg terkenal dgn KEPOYOOAN dia tuh, cara jalan mcm Dr. Indriani tuh ala-ala gedik-gedik ckit, Drama Queen, Pemilik hati gadis manis ini adalah Faiz Hanis, sangat suka warna kuning agaknya rumah dia pun cat warna kuning nanti, bila dah stat bercakap masti orang akan terpaku dgn gaya dia cakap kerana dia memang confident dan poyo (tak lupa), dalam rumah nih dialah paling AWAL bangun sekali!!!, suka cakap bende yang dia suka bejuta-juta kali sampai kitaorang nih dah bosan, kalau dia suka satu bende tuh dia rela bawak pegi award mane-mane, suara aina second terkuat di kalangan ktorg nih kalau dia tak de mmg aman dunia, aina paling banyak makan a.k.a SI BUNTAT. Aina's Special resipi masakan : Cocktail, Nasi Goreng Udang dan Mee Gepeng.

Kenapa masuk rancangan ni? : aina ni mmg ada gaya yg gedik + poyo + drama queen sikit = excellent manager utk acara lancong melancung dan berekspedisi.





Reality Show: Raja Lawak
Contestant: Nur Atikah binti Azmi
Description: Mempunyai tubuh yang cinonet terutamanya jari, anak dara yang pemalas, gelabah dan suke menggoyangkan kaki sehingga tuty tertido (macam lullaby), atik ni mempunyai suara yang SANGAT SOTONG, setiap kali datang kat bilik raihan and teha mesti gosip yg dia bagitau, sebenarnya dia lah SHOPAHOLIC dalam umah nie dalam diam, lagi-lagi baju dia mmg banyak dan beli yang LAMBAK lagi berdiskaun, dia suka tulis dengan penuh ghairah, suka nyanyi dalam toilet n buat suara pelik-pelik, juga SUJU maniac ,dia suka sangat hindustan and dia tau in detail apa pelakon tgh wat dlm mv tuh. Atik sangat suka ayam kicap Warteg Hijau yang kira-kira hanya beberapa tapak dari rumah kami. Atik's Special Resipi : Mee Maggie setelah beberapa kali pengenceran.

Kenapa masuk rancangan ni? : Kegelabahannya itu sangat melucukan.




Reality Show: Akademi Al-Quran
Contestant: Fatehah binti Malik
Desciption: Bertubuh boolat dan mempunyai mata yang stim. Suka melakukan aksi (macam keling mati laki) spontan lagi ganas yang memalukan, berangan nak jadi gothic tapi sebenarnya ayu lemah gemalai, sangat degil, Dr. Pakar Falasi, dia adalah ketua chef dalam rumah ni dan rajin bace Al-Quran dan chocolate-manic. Nama timangan SI BOOOOOLAT, dia sangat suka korean artis terutama suju, teha ni ada NITE LIVE (lepas maghrib sampai tetido). Teha's Special Resipi : Macam-macam ada.

Kenapa masuk rancangan ni? : sebab kebanyakkan taste lelaki dia yang alim-alim,belajar tahfiz or kat mesir.




Reality Show: Cari Menantu
Contestant: Nur Hidayati binti Nordin
Description: Seorang yang berketinggian normal, mata macam helang, nampak je macam ringan tapi mempunyai jisim tulang padat. Minah ni nama je Kelantan tapi dalam rumah ni tak pernah cakap kelantan, cakap dalam phone je. kiteorang panggil dia Kelantan Celup. Seorang yang sederhana dan setiap hari mesti bangun awal (sangat konsisten ok!). Ida's Special Resipi : Dadih.
Kenapa masuk rancangan ni? : ida tengah menunggu dengan sabar dan ayunya pinangan dari .... tet ......dan ida ni adalah calon paling ideal untuk dijadikan menantu. Full Package!




Reality Show: The Oprah Winfrey Show
Contestant: Tuty Alwiyah binti Fuad Salim
Description: Bersaiz XL, selendang 24 hours, mempunyai hidung yang sangat "PERFECT" dan bibir yang mungil. Berotak licik, berfikiran matang dan logik, tanpa dia kitaorang sebatang kara di dunia ini, seorang yang dare to challenge dan mempunyai self-esteem yang sangat tinggi, suka lelaki yang tanning, badan yang agak mantap, suke melukis dan berpuitis, dia suka barang2 yang klasik n unik or pelik sikit,dia suka dengar lagu2 yang oldies dan romantik n sebenarnya dia lah yang paling jiwang karat dalam rumah nih,dia nih ktorg panggil dia MAKHLUK TUHAN PALING EXOTIC. tuty ada satu baju guni yang sangat exotic yang hanya tuty yang sanggup pakai. Tuty's Special Resipi : Paprik.
Kenapa masuk rancangan ni? : sbb dia SANGAT pandai bercakap dan seorang yang tak cepat naik angin.





Reality Show: Extreme Makeover
Contestant: Nur Nazlina binti Mohd Hanipah
Description: Free hair, rambut yang straight, kaki yang kecik dan saiz lebih kurang macam tuty tapi kecik sikit. Seorang yang bookworm, mempunyai suara yang PALING kuat di kalangan kami, mempunyai stok baju yang sangat banyak tapi tak pernah-pernah pakai dan coffee-maniac. Lina's Special Resipi : Nescafe Instant.

Kenapa masuk rancangan ni? : sebab lina telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan.





ok, tue je...

hehe..

da...

Friday, October 2, 2009

TAKDE ORANG NAK POST PAPE KE??

blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com


ASSALAMUALAIKUM...

takde orang nak post pape ke kt sini sekarang??
hurmm... banyak citer yg x update lagi sekarang ni... haha
ok nanti aku update