Kantoi !!

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Friday, October 30, 2009

Tipe Musika

lame dah tak post kat sini kan? kan? kan? ok, rancangan kite hari ni adalah tipe-tipe musika budak-budak siete hermanas ni. ade macam-macam jenis. ade yang suke lagu jiwang-jiwang ni, tapi kalau tengok tak macam jiwang pon. haha. tu la yang korang tak tau diaorang ni punyai hari yang jiwang dalam sanubari diaorang yang dalam tue. haha. *ayat tak boleh nak lagi poyo. haha.

well, kawan-kawan semua i susun tipe-tipe musika ni ikot keunik-kan jenis musik yang disukai la ek? mulai dengan yang pelik kepada yang level normal. haha. kire yang dapat awal-awal tu tergolong dalam kategeri yang patologis ataupon abnormal la senang cerita. haha.

untuk golongan patologis ni memang dikira special kes la sebab dalam rumah ni dia sorang je yang layan lagu-lagu jenis macam tu. haha.

mari kite check it out!!








TIPE : OLDIES/ 60 - 80 an
SI PATOLOGIS : Tuty Alwiyah Fuad Salim
Description : Si patologis ni adalah seorang yang berjiwa romantik, lemah gemalai dan lagu-lagu yang dia dengar semua yang tipe-tipe romantik. Lagu yang dia dengar tu kalau boleh nak yang mendayu dan memang yang oldies la. kalau tengak playlist Windows Media Player dia tu semua lagu lama-lame. tapi tengak mood la, kalau dia dah bosan mood oldies dia tu boleh tertukar gak kepada tipe-tipe musik lain. tapi nanti bile jiwe romantik tue datang balik sure dia turn on balik lagu jiwang dia tu. Lagu-lagu fav tuty daripada Richard Clayderman dan banyak lagi.



TIPE : HINDUSTAN/ UNIVERSAL
SI PATOLOGIS : Nur Atikah Azmi
Description : Makhluk patologis yang satu ni boleh kate special gak la sebab dia mmg giler hindustan. kalau tak caya, try la tnye dia ape jenis lagi pon semua dia tau. kalau nak tanya ape movement dalam vid tu each minit. sila tanya cik atik ni. dia mmg pakar. kalau seyh, dia dah datang fuh, penuh irama musik-musik hindustan datang dari bilik atik. haha. Selain daripada layang hindustan, atik ni boleh kate universal gak la sebab dia dengar macam-macam jenis lagi. lagu yang tuty layan dia layan, lagu yang ida dengar pon dia dengar. sbb tu dia ni patologis sikit sebab gentik musik dia bercampur-campur. haha.



TIPE : SITI NURHALIZA SAHAJA/ JIWANG
SI PATOLOGIS : Nuraihan Mohd Jalaludin
Description : kite tengok je tipe yang dia tau kite dah tau dia ni macam mane kan? kan? kan? minah jiwang si raihan ni. nampak je tegar dengan banyak element garang macam singa tapi raihan ni berjiwa jiwang wo!! dia ni peminat setia Dato' Siti Nurhaliza. diulang PEMINAT SETIA DATO' SITI NURHALIZA ok! kalau Dato' siti bace nie tolong lah percaya!!! ni sebab semua album Siti dia beli dan dia kumpul kn? bayangkan album Siti yang latest tu baru kuar kat iklan dia terus beli mase cuti bulan 2 hari tu. punya la fanatik. dan disebabkan aku ni co-roomate dia yaitu bersamaan dengan tempat dia berlajar dengan pintu bilik aku. so, setiap hari aku boleh dengar lagu-lagu merdu dato' siti plus suara raihan. haha. kalau mood irama malaysia dia dtg, aku pon kene la dgr lagi balkis, nirmala dan sebagainya. Satu lagi fakta menarik daripada cik raihan ni, dia ni suke download lagi pastu dia suke dengar lagu tu ulang-ulang sampailah dia bosan dan dia akan dilit. tapi percayalah lagu siti dia tak delete pon! nama pon peminat fanatik kn?



TIPE : K-POP
SI PATOLOGIS : Fatehah Malik
Description : Teha ni mmg patologis yang murni sebab dia kalau nak pasang lagu yang dia suke dia akan pasang lagu dia kuat-kuat dan lagu yang dia akan pasang kuat-kuat semuanya lagi KOREA dari SUJU. tolonglah paham ye kawan-kawan. sampaikan ade la satu mase tu lagu SUJU yang SUPER GIRL tu, kalau dia pasang je dah tau dah sape yang pasang, dalam hati "eh, dia dah mula dah!!". haha. tehe nie memang fanatik suju ok!



TIPE : POP/ R&B/ GEDIK-GEDIK
SI PATOLOGIS : Nur Hafizah Ainaa Abu Hassan
Description : Ni cek patologis yang genetik dia telah diubah beberapa kali sebab jenis-jenis lagu yang disukai tak penah tetap. sampaikan tak tau nak didefinisikan sebangai tipe ape. Raihan suruh tulis tipe "Taylor Swift" tapi aku ni tak de la dengar semua lagi Taylor Swift kot. yang lain suruh tulis tipe lagu yang "Gedik-gedik".. haha.. lagu ape yang gedik-gedik? aku layan semua tapi tak semua sebab aku memilih lagu ape yang aku nak dengar dan mostly lagu tu adalah 90% english ok! 7% lagu bahasa lain. dan 3% lagi baru lagi Malay. haha. siot ah aku ni x suke lagu bahasa sendiri. haha. sbb tu aku ni x murni genetik dia. haha. aku pilih lagu dan penyanyi sebab kalau ...
KOREAN : BIG BANG sahaja
CHINESE: NICHOLAS TEO, VIC ZHOU & CYNDI WANG sahaja
PADANG PASIR : MAHER ZAIN & FARES sahaja
BUBBLEGUM POP : DEMI LOVATO, SELENA GOMEZ & MILEY CYRUS
ENGLISH : aku suke semua!! tamak!

banyak la lagu yang aku dengar, karang tak ter-listed kang. haha. senang cerita mmg ye aku ni suke dengar lagi yang gedik-gedik tapi kalau moment nak lagu arab tu datang, mule la aku ber-youtube cari lagu arab nak dengar.



TIPE : UNIVERSAL
SI PATOLOGIS : Nur Hidayati Nordin
Description : ida ni dah masih ketegori normal sebab dia ni universal semua lagu dia layan. ko bagi je lagu ape kat dia. nnt dia hafal dan dia suke. kire macam terima dan suke. like that la! senang kan macam ni. haha. siyes ar universal semua lagu dia layan dari lagu english ke padang pasir, k-pop, jiwang-jiwang, hindustan senang cerita semua la. kan senang. tak de hal ngn ida ni. ko sumbat je dengan lagu ape. dia layan jek! tapi ke-universal-an ida ni ade pelik nya. dia suke nyanyi lagu tapi tataw tu ape tajuk dan penyanyi ape. ades!



TIPE : ENGLISH
SI PATOLOGIS : Nur Nazlina Mohd Hanipah
Description : lina ni paling senang la sebab lagu yang dia suke mostly english. senang cerita tak banyak songeh la. haha. dan lina ni pon senang nak gak kalau bagi lagi ni dan nnt dia akan selalu dengar lagu tu.



haha.. ok tu jek nak menyumbangkan blog nie!

Sunday, October 25, 2009

DEFINISI GERSANG

hello...
malam ni nk citer sikit definisi 'GERSANG' bagi rumah kami, takut plak org fikir bukan2 sbb selalu sgt word GERSANG aku guna.

GERSANG di sini bermaksud 'mendambakan' sesuatu.

contoh ayat...

1) Atik menjadi sangat GERSANG apabila Internet terputus line. Hal ini menyebabkan hidupnyer menjadi kucar-kacir.

2) Tuty sedang GERSANG sekarang kerana dia masih tercari-cari makanan yang boleh memuaskan hatinya. Ayat beliau, "Ish, dapat makan sikit pon xpe, asal aku puas hati". tapi last2 pecel lele mak cik juga yang dibeli.

3) Fatehah akan jatuh bosan apabila tak dpt berchatting ngan rakan2 3 dimensi nyer. hal ini menyebabkan jiwanya GERSANG. (kanak2 sila jgn addicted ngn YM or SKYPE)

4) Kami sisters sangat GERSANG bila hujung minggu and xde hala tuju yang jelas. Rata2 akan terkuak lentang atas tmpt peraduan masing2.

sekian terima kasih, inilah definisi GERSANG bagi kami. JIWA KOSONG tanpa sesuatu yg dah terbiasa bersama kami...



Friday, October 23, 2009

FAKTA TENTANG KAMI....

ASSALAMUALAIKUM....
rasa-rasnyer da lme cik yukirashiya x post ape2 kt blog nih kn... hehehe...
so, today I will post something, ermmm not very interested but I wish all the readers will enjoy this new entry...

sebenarnyer banyak fakta-fakta pelik pasal gadis-gadis dalam rumah ni, but I will jot down only a few facts je k...

1. Fatehah nad Tuty xboleh masak same2, nnt nasakan dorg jd masin.

2. Nama gelaran kami sangat pelik: Atik si sotong, Ainaa si buntat, Fatehah si bulat, Raihan nenek.

3. Tuty adalah makhluk tuhan paling exotic.

4. Ida sangat suke menjerit dalam berbagai version.

5. Ainaa adalah anak angkat Dr. Indriani... lps tragedi pleno blok 10

6. Raihan sangat memilih soal makan.

7. Tuty tengah gersang sekarang.

8. Ainaa nyer cocktail sangat sedap.

9. Atik suke bwat gempa bumi.

10. Ainaa jalan cam kuda laut. :p

11. Makan malam rumah kami adalah pada jam 10 malam.

12. Raihan boleh makanan dengan kelajuan cahaya bila lapar.

13. Tuty makan paling sikit.

15. Ida pandai bwat kek coklat.

14. Fatehah pakar falasi... siap ada Ph.D ag bak kata Raihan.

15. Malam exam kami tak kan tido.

16. Bila esok ade exam faal, pasti kami akan order McD (kebetulan).

17. mal yang plg sering dikunjungi adalah TA and CL.

18. Gedung MATAHARI adalah tempat larangan bila akhir bulan.

19. Ida paling senang bangun pagi diikuti Fatehah and Tuty.

20. Semua orang dalam rumah ni ade penyakit GB selepas berjangkit dr, Tuty... hahaha..




Sunday, October 11, 2009

Empat @ Four @ Arba'ah

4 hal yang membuat bdan sakit : terlalu banyak bicara, terlalu bnyak makan, terlalu bnyak tidur dan terlalu bnyak melakukan hubungan badan.


4 hal yang merosakkan tubuh : cemas, sedih berpanjangan, lapar dan kurang tidur malam.


4 hal yang memberikan kesenangan dlm hati : melihat yang hijau2, melihat air yang mengalir, melihat kekasih dan melihat buah2an.


4 hal yang dpt menyebabkn pandangan mata menjd gelap : berjalan tanpa kasut, berpagi hari dan berpetang hari dgn wajah yang muram penuh dgn kebencian dan permusuhan, terlalu sering menangis dan banyak menatap garis yang kecil2.


4 hal yang membuat badan menjadi kuat : memakai pakaian yang lembut, mandi dgn air panas, makan maknn yang manis dan berlemak dan mencium wewangian.


4 hal yang menghilangkan kesegaran dan keceriaan wajah : berbohong, tidak tahu malu, terlalu bnyak bertanya tanpa dasar dan bnyak melakukan maksiat.


4 hal yang membuat wajah semakin segar : menjaga harga diri, menepati janji, dermwan dan taqwa.


4 hal yang mendatangkn kemarahan dan kebencian : takabbur, dengki, bohong dan suka mengadu.


4 hal yang boleh mendatangkn rezeki: bgun malam untuk solat, bnyak beristighfar menjelang fajar, membiasakan memberi dan membiasakn diri untk berzikir pd petang hari.


4 hal yang mencegah datangnya rezeki : tidur di pagi hari, jarang solat, malas dan suka berkhianat.


4 hal yang membahayakan otak : ketagihan mknn yang asam, tidur terlentang, resah dan gundah-gulana.


4 hal yang mendatangkan kebaikn pd otak : hati yg bersih, tidak menyelangi mkn dan mnum scr berlebihan, mengatur menu yg baik dan membuang semua endapan mknn yang membertkn badan.


Sekian.

mAsaK-mEmasAk

sAlam sejahTerA tUan2 Puan2..

actually rancangan msk-memask nih dah lm wat..tp nk tlis resipi nih tertangguh..ainaa dah membebel dah..tulis..tulis..tulis..

skang br ade mOOd nk tlis resepi

rEsiPi mAsak-MemasAk kali ni : kEk c0klaT + DadiH jagUng



meNu 1 : kEk coKlat
bahan2 = tepung cOklat , menteGa , gUla , serBuk peNaik , tElur , chOc Bar

Caranya = pukul mEntega + gUla sehingga kembang ( dari wrna kuning ke agak putih). tHen masukkan telur satu persatu, pastu masukkn tepung cOklat..if x de tpung cOklat..gn je tepung gandum + serbuk Koko...dah siap adUnan kek...last thing is kukus slm 45 mnit..( kukus lbih sedap dr bakar tauww..)

coKlat Bar tu lak tuk topping kek...juz pnaskn choc Bar dgn air sehingga pekat..then tuang kt ats kek tuh..siap






mEnu 2 : daDih jAgung ( paling senang )


bahan2 = susu cAir , gUla buAh , perisa jAgung , susu Tepung

Caranya = didihkan air + susu Cair , bila dah didih thEn msukkn susu tEpung + pErisa JaGung..bl rs dah msk...off kan aPi pastu br masukkn gUla buAh....sedap dimakan bl dah sejuk ( msukkn dlm kuLkas )..siap..

~ kalo wat dadih nih..kejap je daaa abes ~

pe nk jd ank2 dara ni...bab2 makan lajuuu jeee..ceppattt jee..he3..daaa.



seKian rancangn mAsak-mEmask untuk kali ni..jumpa lagih

Monday, October 5, 2009

Reality Show

Kalau dah duduk dalam satu rumah tu mesti ade macam-macam ragam kn? kn? kn? disebabkan dah lame tak post blog dan hari ni walaupon kerja melambak kene buat tangan gatal nak tulis post ni sbb tube-tibe idea tue datang *ting! haha. version post kali ni adalah versi "Reality Show" yang mana aku akan sync-kan karekter-karakter dak umah aku dengan reality show yang ade lah.

*btw, aku tak bias sbb aku punya reality show tuty yang bagi. tak pilih sendiri ok. kalau tak nanti tak aci la. hehe..

kite mulakan dengan tv show yang paling hot la kan.. kire ni ikot rangking la.. keh3..




Reality Show: America's Next Top Model
Contestant: Nuraihan binti Mohd Jalaludin
Description: Bertubuh langsing dan tinggi, berkulit putih dan glowing-glowing, bersuara nyaring dan lantang, sangat hot dan mantop! Ber-personalitikan garang macam singa, mempunyai momentum tangan yang padu, ratu anatomy dalam rumah ni, mempunyai kebolehan untuk mempredict masa depan. Raihan tak suke lelaki yang bertubuh sasa dan bersuara jantan. dia ni seorang yang SANGAT BANGUN AWAL selepas aina. nama timangan untuk raihan ni NENEK sbb raihan memang macam mak nenek. hehehe.. mempunyai tabiat pelik iaitu: download lagu, pasang ulang-ulang 2 3 hari pastu delete permanently dr laptop. ade baju yang sangat hot mak dia buat utk dia tapi dia tak pernah pakai, sangat susah nak paksa dia pakai baju tu. btw, dia ni peminat SETIA yang giler2, DATUK SITI NURHALIZA. (kalau jumpe siti confirm pengsan.) Raihan's Special Resipi : Puding Caramel dan Air Kenduri Kawen.

Kenapa masuk rancangan ni? : sebab utama... masa kecik-kecik raihan suke berangan nak jadi ratu cantik, model dan pramugari.




Reality Show: The Apperentice
Contestant: Nur Hafizah Ainaa Abu Hassan
Description: Agak pendek tapi tak sependek teha, mempunyai body yang mantap untuk any clothes tau, mata yang SANGAT2 BESAR..!!, Aina mmg terkenal dgn KEPOYOOAN dia tuh, cara jalan mcm Dr. Indriani tuh ala-ala gedik-gedik ckit, Drama Queen, Pemilik hati gadis manis ini adalah Faiz Hanis, sangat suka warna kuning agaknya rumah dia pun cat warna kuning nanti, bila dah stat bercakap masti orang akan terpaku dgn gaya dia cakap kerana dia memang confident dan poyo (tak lupa), dalam rumah nih dialah paling AWAL bangun sekali!!!, suka cakap bende yang dia suka bejuta-juta kali sampai kitaorang nih dah bosan, kalau dia suka satu bende tuh dia rela bawak pegi award mane-mane, suara aina second terkuat di kalangan ktorg nih kalau dia tak de mmg aman dunia, aina paling banyak makan a.k.a SI BUNTAT. Aina's Special resipi masakan : Cocktail, Nasi Goreng Udang dan Mee Gepeng.

Kenapa masuk rancangan ni? : aina ni mmg ada gaya yg gedik + poyo + drama queen sikit = excellent manager utk acara lancong melancung dan berekspedisi.





Reality Show: Raja Lawak
Contestant: Nur Atikah binti Azmi
Description: Mempunyai tubuh yang cinonet terutamanya jari, anak dara yang pemalas, gelabah dan suke menggoyangkan kaki sehingga tuty tertido (macam lullaby), atik ni mempunyai suara yang SANGAT SOTONG, setiap kali datang kat bilik raihan and teha mesti gosip yg dia bagitau, sebenarnya dia lah SHOPAHOLIC dalam umah nie dalam diam, lagi-lagi baju dia mmg banyak dan beli yang LAMBAK lagi berdiskaun, dia suka tulis dengan penuh ghairah, suka nyanyi dalam toilet n buat suara pelik-pelik, juga SUJU maniac ,dia suka sangat hindustan and dia tau in detail apa pelakon tgh wat dlm mv tuh. Atik sangat suka ayam kicap Warteg Hijau yang kira-kira hanya beberapa tapak dari rumah kami. Atik's Special Resipi : Mee Maggie setelah beberapa kali pengenceran.

Kenapa masuk rancangan ni? : Kegelabahannya itu sangat melucukan.




Reality Show: Akademi Al-Quran
Contestant: Fatehah binti Malik
Desciption: Bertubuh boolat dan mempunyai mata yang stim. Suka melakukan aksi (macam keling mati laki) spontan lagi ganas yang memalukan, berangan nak jadi gothic tapi sebenarnya ayu lemah gemalai, sangat degil, Dr. Pakar Falasi, dia adalah ketua chef dalam rumah ni dan rajin bace Al-Quran dan chocolate-manic. Nama timangan SI BOOOOOLAT, dia sangat suka korean artis terutama suju, teha ni ada NITE LIVE (lepas maghrib sampai tetido). Teha's Special Resipi : Macam-macam ada.

Kenapa masuk rancangan ni? : sebab kebanyakkan taste lelaki dia yang alim-alim,belajar tahfiz or kat mesir.




Reality Show: Cari Menantu
Contestant: Nur Hidayati binti Nordin
Description: Seorang yang berketinggian normal, mata macam helang, nampak je macam ringan tapi mempunyai jisim tulang padat. Minah ni nama je Kelantan tapi dalam rumah ni tak pernah cakap kelantan, cakap dalam phone je. kiteorang panggil dia Kelantan Celup. Seorang yang sederhana dan setiap hari mesti bangun awal (sangat konsisten ok!). Ida's Special Resipi : Dadih.
Kenapa masuk rancangan ni? : ida tengah menunggu dengan sabar dan ayunya pinangan dari .... tet ......dan ida ni adalah calon paling ideal untuk dijadikan menantu. Full Package!




Reality Show: The Oprah Winfrey Show
Contestant: Tuty Alwiyah binti Fuad Salim
Description: Bersaiz XL, selendang 24 hours, mempunyai hidung yang sangat "PERFECT" dan bibir yang mungil. Berotak licik, berfikiran matang dan logik, tanpa dia kitaorang sebatang kara di dunia ini, seorang yang dare to challenge dan mempunyai self-esteem yang sangat tinggi, suka lelaki yang tanning, badan yang agak mantap, suke melukis dan berpuitis, dia suka barang2 yang klasik n unik or pelik sikit,dia suka dengar lagu2 yang oldies dan romantik n sebenarnya dia lah yang paling jiwang karat dalam rumah nih,dia nih ktorg panggil dia MAKHLUK TUHAN PALING EXOTIC. tuty ada satu baju guni yang sangat exotic yang hanya tuty yang sanggup pakai. Tuty's Special Resipi : Paprik.
Kenapa masuk rancangan ni? : sbb dia SANGAT pandai bercakap dan seorang yang tak cepat naik angin.





Reality Show: Extreme Makeover
Contestant: Nur Nazlina binti Mohd Hanipah
Description: Free hair, rambut yang straight, kaki yang kecik dan saiz lebih kurang macam tuty tapi kecik sikit. Seorang yang bookworm, mempunyai suara yang PALING kuat di kalangan kami, mempunyai stok baju yang sangat banyak tapi tak pernah-pernah pakai dan coffee-maniac. Lina's Special Resipi : Nescafe Instant.

Kenapa masuk rancangan ni? : sebab lina telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan.





ok, tue je...

hehe..

da...

Friday, October 2, 2009

TAKDE ORANG NAK POST PAPE KE??

blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com


ASSALAMUALAIKUM...

takde orang nak post pape ke kt sini sekarang??
hurmm... banyak citer yg x update lagi sekarang ni... haha
ok nanti aku update

Friday, September 18, 2009

S.U.N.Y.I

ASALAMUALAIKUM...

one day left before RAMADHAN go, left us.... Bersyukur atas rahmat-MU
TUHAN sekalian alam yang masih mengizinkan kami untuk berpuasa...
Pertarungan hebat ini bakal berakhir esok.. so sad to left dis precious month
moga tahun hadapan kami dapat merasai lagi bulan yg penuh barakah ini n dpt
tingkatkan lagi AMAL ibadah...

hehehe..,
janganlah kita asyik tido ajer, atau
begosip gosipan sebelum berbuka...
hihihi...

sempena menyambut kemenangan after berjuang dalam bulan RAMADHAN ni
maka, sisters sume nak balik kampung.
al-maklum la, tahun lepas x blk raya kn
so, pd tahun ini kami pon nk balik..




1st flight akan dinaiki oleh tuty ngn lina..

2nd flight raihan, ainaa n atik

3rd flight me n ida...

and, arini adalah hari yg plg x besh sbb aku ngn ida je
bkk pose... nasi grg yg ainaa grg td pon x abes..
banyak gler...
huhu...

and, malam ni sgt sunyi sbb x dgr si ainaa berkepoh-kepohan,
si tuty merepek-repek,
si raihan yg ske manja-manja soh aku or tuty masak,
atik bergosip-gosipan
and lina nyer laugh...

malam ni just aku n ida...
huhuhu, sangat sunyi...
SEPI...


and bak kata citer SEPI
"mengapa bertemu kalau berpisah"
(ader kena mengena ke??)

dan, hanya bunyi mercun jer yg berdetum...
kalo aku bole geget org maen mercun ni
da lame aku buat...


hehehe
whatever it is, esok kteorg nyer flight jam 0625 wktu tempatan
pastu nk kn tngu transit g KB jam 1340 wktu malaysia
so terpaksa la aku n ida melopong kt LCCT tu...
adoiyaii..,
tp raya nyer pasal kami sanggup...!!
ok la, kepada teman2 yg pulang,
HEV A SAFE JOURNEY..!!
TO ALL THE STAYERS, sila la beraya ngn junior2 kte..
kpd junior2, korg raya la kt cni dlu, nanges la pueh2...
hahahaha..
ok, aku chow dlu...
salam lebaran dari kami...

yang sunyi sepi,


blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, September 17, 2009

L.E.B.A.R.A.N

hey guys...
rsnyer dh lmer sgt2 x post...


KAMI SERUMAH MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN



haaa....balik nih...enjoy la dgn family masing2...
makan rendang,lemang,lontong,kuah kacang,ketupat,dodol....
ni confirm klu blk sini blk mst sume naik badan..
ye r nama pn raya kan...


ni lah time yang spend masa dgn family...precious time...
ok lah bye2....
have a safe flight....
umah ktorg sume blk raya...
kih3....
:)

Tuesday, September 15, 2009

Mini Cooper kini milik Atik

 
kini milik atik


mini cooper idaman aku kini dan jadi milik atik.. haha.. dah 2 kali dah ni, aritu teha beli kete pink yang aku nak beli.. sekarang ni my brownie points ade 15, i gotta hurry sebab dah tinggal 12192 pieces je.. tapi sekarang ni sesah sebab level dah 72, nak naik level main lama makin susah.. need greater influences points.. dush2.. pray for me, i want this mini cooper maca atik......

p/s: atik dia mmg minat mini cooper sebab dalam novel dia bace selalu cerita pasal mini cooper.. hehe..

Bunga api & Mercun



semalam dengan hapy-nya, aku dengan barisan housemates tu semua main bunga api. orang lain semua sibok terawikh kiteorang pulak syok-syok main bunga api. ape nak jadi la ni. ish3x.


Idea main bunga api malam nie dari Raihan.



sebab bunga api tu kiteorang dah beli lama dah cume ta berusik-usik pon. ingat nak main lepas buat BBQ aritu, tapi semua penat dan ramai yang tido. so, plan nak main bunga api pon cancel. so, semalam la puncak main bunga api segala-galanya.


Tok ketua main bunga api kite mesti la ida. semalam outfit ida ala-ala hip-hopers. haha..

 
Tok Ketua : Ida


bunga api ni kiteorang beli masa pergi pasar kopro. orang tu selambe dek je jual mercun tepi pak polisi. well, dekat sini ta de kesalahan jual mercun. kalau ada kematian, putus tangan pon ta heboh sana sini. rakyat ramai sangat. mase tgk mercun-mercun dengan bunga api tataw nak beli yang mana satu, at last rembat yang bunga api jumbo size dengan yang kicik punya size, mercun gasing, mercun yang pegang pastu nnt dia meletup-meleyup tu dengan bunga api yang lawa tu la.. hehe..


dalam rumah aku yang memang takut dan ta biasa main bunga api ni TUTY dan LINA.

 
kekok main bunga api


 
atik ta jadi mandi sbb tgk kiteorg main bunga api


 
mercun ape aku tataw nama dia...


 
ape la yg tuty buat tu..


 
atik buat super-imposed


 
posing-posing dengan teha


 
kenapa atik wat muke? ta sempat posing la tu..


 
poyo betul aku...


gambar yang ditunjuk ni sebahagian je setakat main bunga api je.. yang main mercun gasing dengan bunga api cantik tu tataw nak tunjuk macam mana sebab semuanya dalam vid. nnt kalau i rajin i letak k.

 daaaaaaa...




Monday, September 14, 2009

Pabila kami berBBQ~

 
BBQ oh BBQ!


semalam buat pertama kalinya rumah aku wat BBQ. last year ade gak wat BBQ tapi tu batch punya sempena Hari Raya. kali ni rumah aku amik inisiatif nak buat BBQ pulak. nak merasa buat BBQ. apa la rasenya ek?

idea nak wat BBQ ni ta berapa sure la sape punye idea. tapi a week before mmg dah cakap-cakap pasal nak buat BBQ before start semester 3. so, alhamdullilah la jadi jugak BBQ ni.

seperti biasalah, chef BBQ kite mesti la Chef Teha kite...

 
Chef FATEHAH MALIK


Menu BBQ dan penyedia:
Marinade Chicken : Teha dan Ida
Nasi Goreng : Teha dan Raihan
Sotong : Teha
Cocktail : Aina dan Teha
Agar-agar : Lina
Air Sirap : Tuty
Jagung : Tuty


Atik buat apa?
*atik tukang bakar BBQ berjaya selain ida dgn lina.


walaupon berchef kali ni  tapi masih menggunakan khidmat resipi mak sebangai petunjuk.. aku kol mak sbb nak tanye macam mane nk wat cocktail.. raihan kol kakak dia mintak cara nak wat agar-agar..

kali ni kiteorang bukan buat BBQ ni bertujuh tapi bersepuluh sebab jemput sekali junior JPA yang mula-mulanya nak ajak buka puasa kat luar tapi ta jadi sebab tataw dah nak pegi bukak puasa kat mane.. end up, we're decide ajak diaorang sekali BBQ dengan kitaorang.


 
cara nak nyalakan api. dont try this at home because it doesn't work at all.


operasi berBBQ ni kiteorang mula jam 5.00 kalau ta silap dan macam biasalah kalau orang perempuan buat kerja nak wujudkan api tu memang la sangat susah.. macam-macam buat tapi ta nak berbara gak arang tu... adus, pikir punye pikir dan kiteorg decide nak panggil je pak yang jage rumah-rumah kt way seputih ni nyalakan.. dia pon tolong la, lame gak la nak idupkan ape.. dah last-last nyala jugak tapi satu je, yang satu lagi tamo nyala.

then, dalam koi 5.40 junior pon datang la.


 
junior-junior-JPA-ku


sampai-sampai je mizah take over nak nyalakan api.. siyes dia mmg nmpk macam sgt berpengalaman wat BBQ ni. aku surrender awal-awal sbb aku ta reti nak nyalakn api ni. then, nyala la.. operasi bakar membakar di-take-over oleh ida, lina, atik, miza, iza dan jj. teha, raihan dengan tuty kerja dekat dapur buat nasi goreng, potong jagung dgn sotong.

*aku buat ape? aku tukang kecoh, tukang tangkap gambar, tukang terbalikkan ayam, tukang lain-lain la.. haha.. cocktail aku buat tau.. mintak mak resipi tapi bahan ta cukup maka jadilah cocktail tangkap muat.. haha..

tengah-tengah membakar bunyi azan pon berkumandang. cepat-cepat cari air nak buka puasa.. haha... *haus dow. pastu sambung balik...


 
mizah dan iza. mizah pro giler r dari senior-senior diaorang ni.


 
kipas ida kipas.


 
dah nak habis dah ni..


 
ada pengunjung tue..


tup tup tup... dalam koi 7 kot siap dah bakar semua ayam, kentang, dgn sotong. sotong sebab pena dah tunggu nak bakar dia, end up kiteorang goreng je.. hahaha.. jagung la, ade yang bakar dan lagi ciket simpan untuk rebus..

pas, habis semua tu kemas-kemas dan MAKAN lah....

 
hasil-hasil-nya


 
ke-poyo-an-ku,  ke-peace-an ida.


 so, ni la hasil-hasilnya... sangat berpuas hati dengan ayam bakar yang dimarinade tu.. fuh, besh giler.. nasi goreng teha macam biasalah memang sedap.. yummy!


 
aina, ida, teha, tuty, jj,, iza, atik, miza, lina
*missing in action raihan sbb dia tgk pic


hope semua happy...

xoxo

p/s: pic yang ditangkap kali ni agak gelap dan kurang memuaskan.. ni sebabkan lighting ta berapa nak baik..



Monday, September 7, 2009

LET'S MAXIMIZE OUR RAMADHAN =)

Salam kwn2,just nk sharing some tips utk kte memaksimalisasikan amalan2 kte kt dlm bln ramadhan ni...even,sumenya cam dh biasa dgr pd pndgrn auris kte or da lama trtanam kt dlm encephalon kte ni (ssh toi jd dak medic nih ;D) ,just nk remind each other tkot2 ade yg da brkarat ke...hihii........nama pon manusia biasa,ak pon kdg2 trkhilaf gak dr bende2 yg kte rasa nmpk cam simple ni...sama2la kte ingat mengingati ye kwn2... :)

btw,suke poster yg kt atas ni..esp,'no satan 30 days' n dialog si satan ni ghoyak..hehee..


1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.


2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).Nabi SAW bersabda :
"Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Riwayat Muslim)

"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad)

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan Solat Subuh berjemaah (bagi lelaki). Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh baginda SAW.




3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca Al-Quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadis dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail a.s. Hal ini disebut di dalam hadis al-Bukhari.




4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi SAW :-
Ertinya : "Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
Ertinya : “Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Riwayat At-Tirmizi)




5) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka.
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadis Nabi SAW :-
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak." (Riwayat Ibn Majah)




6) Menyegerakan berbuka puasa selepas pasti masuk waktu maghrib.Berdasarkan hadis Nabi SAW :-
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka" (Riwayat Al-Bukhari)

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan Solat Maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar perlu agar kelaparan tidak mengganggu Solat Magrhib kita. Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan Solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air.(Abu Ya'la dan al-Bazzar)



7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air. Ertinya : “Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air".



8) Amat disunatkan untuk sedekah harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.Nabi SAW bersabda :-
Ertinya : “Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (Riwayat At-Tirmidzi)
Disebut dalam sebuah hadis lain, Ertinya : “Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa (berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga" (Riwayat Al-Baihaqi)



9) Menunaikan Solat Sunat Terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.
Ia berdasarkan hadis riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.



10) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari Riwayat al-Bukhari.



11) Amaran bagi berbuka di siang Ramadhan tanpa uzur.
Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Bulan Ramadhan, maka ia tidak mampu menggantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)



RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL =)
(ehsan dari iluvislam.com)

Sunday, September 6, 2009

cOndoLence..


its sad to announce tat aina's favvie AUDI TT ROADSTER in SORORITY LIFE is SOLD OUT..!



hahahhahaha... like a bird singing in d rain, let grafeful memories survive in time of sorrows...:P bt, no worries, teha already bought d car..:P kalu rindu, bukak profile die jerk la.. ngeh3..




Saturday, September 5, 2009

The crAZIneSS...!

[new entry]..... Please read the tittle, hahahaha.....




:devilishgrin: :devilishgrin: :devilishgrin:



JUZ kiDDing Gurlz, weLL dis time I wanna SHOW you aLL
about SIETE HERMANAS CRAZINESS...




agak korang la ape kegilaan kami?? hehehe..


blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com


well kegilaan kami sekarang adalah BLOGGING...!!!
eh salah la...

PEMBETULAN...!

kegilaan kami sekarang adalah

MAEN GAME SORORITY LIFE

kat FACEBOOK..!


YA itu lah jawapannya...wawawa...


BEST woo maen game ni, bisa bikin LW nga senang hati...

KENAPA???

owh jangan ditanya, nnati anda menyesal... kalo anda seorang lelaki la..

HAHAHA...


APA ITU SORORITY LIFE???
well dis game is design for the GURLZ and if the GUYS pon nak maen bole jgk
tapi pasti anda akan ditertawakan oleh kami

WAWAWAWA

xMACHO LA BEB


blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com


JAHATnyer aku...wakaka!!

OkEY back to the POINT...

its easy pizzy jer nak maen game ni,

all you hev to do is pilih avatar, pastu maen tukar2 baju

socialize, fight, get glamour and COLLECT the BROWNIES POINT

penting ni untuk beli baju lawa-lawa..hahaha...

SIAPAkah SIFU game ni??? jawapannya...


TARAAA.....!!!


POOOOPSSS!!!



NUR HAFIZAH AINAA BT ABU HASSAN


sila rujuk di bawah:





ni la SORORITY LIFE's QUEEN...


selepas itu, dis craziness berjangkit kat,

AKU...

RAIHAN...

TUTY...

n...

Atik...

mana lagi dua???

owh, mereka berdua mempunyai GAME kegemaran sendiri

nanti I godekkan untuk YOU all k..!!!

hahaha....

GAme ini tersangat la hantunyer sbb, ia telah buat

AINAA jadi:

MANIAC ATTACKERS!!!

RAIHAN jadi:

THE CRAZIEST SHOPPAHOLIC
(sbb dy sanggup nak slap atik sbb beli spek prada)

ATIK jadi:

THE MOST HATERS
(da 2 org ltk mnh ni dlm burn list)

TUTY jadi:

THE 1st GAMER
(minah ni mne maen game b4 ni)

and ME jadi:

THE MOST CRAZY
(7x24x365 jam depan lappy)

wakakaka, bukan aper, sbb aku ske fight for money....


well... disebabkan AINAA adalah org 1st maen so level dy plg tinggi,
aku 2nd,
TUty 3rd
Atik 4th
Raihan 5th




STATUS n LEVEL kami....

Salah satu factor nape game ni bes adalah
game ni ley wt kte tukar baju m berfesyen...

so EVERY sisters ade APPEARANCE mereka masing-masing
dan dalam ni ley la pakaikan avatar kite ngn baju lawa-lawa n seksi-seksi..

hahahaha

blogger-emoticon.blogspot.com


INI lah KAMI!!!




(sori gambo kecik, huh bpe kali da aku resize ni)



dan ini adalah accsessory yang patut ader





semua accessory ni penting TAW!!!

sebab aper???


owh jangan dipersoalkan...

kalo xde nnt x GLAMOUR la YOU.... aWWW..!!!


hahaha...


and ni adalah main menu SORORITY LIFE...


click la kt mana-mana yg korunk dke untuk maen

kalo nak tukar baju g kt MY SYTLE

nak BELI barang2

g kt GLAM....

hahaha...

SOCIALIZE tu ntuk dptkan INFLUENCE POINTS n

dapat la NAEK LEVEL pastu...hehehe


dah banyak aku mengarut rupanyer...huhuhu mata pon da nak SEPET ni

SO CHOW dlu...


AND to ALL readers...!!


try la men SORORITY LIFE ni...


ok daa~ CHOW...

:wave: :wave:




karutan by,